Beberapa fasa kehidupan persediaan Menuju akhirat
Portal Aswaja ULAMA membahagikan fasa umur manusia kepada beberapa masa tertentu dalam hidup supaya mereka menyedari saat yang dilalui dan tidak terleka menjalani kehidupan di dunia ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Surah al- Mukminun, ayat 12-14)
fasa kehidupan
Imam Ibnu al-Jauzirah menyebut, ketika manusia dilahirkan di dunia dibahagikan umurnya kepada lima fasa. Sejak mula dilahirkan, manusia menghadapi 99 perangkap kematian, ada yang dapat menghadapinya sehingga akhir, ada yang tidak sempat lalu menemui kematian.
- Fasa pertama kehidupan manusia ketika melalui zaman kanak-kanak yaitu ketika bayi sehingga mereka mencapai usia 15 tahun.
- Fasa kedua ketika muda, Yaitu berumur di antara 15 hingga 35 tahun.
- Fasa ketiga, manusia dewasa bermula ketika 35 hingga 55 tahun.
- Fasa keempat, manusia menjadi tua berumur antara 55 hingga 70 tahun.
- Fasa kelima pula, berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.
Apabila manusia mencapai usia 20 hingga 40 tahun, mereka melalui tempoh diberi kurniaan duniawi daripada Allah SWT. Namun, selepas mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa, "Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu reda dalam hidup ini."
Jangan kejar dunia
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah ia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada tuhan melainkan Allah, ada dalam kalangan manusia yang beramal dengan amalan ahli syurga sehinggakan dirinya dengan syurga itu hanya sejengkal jaraknya. Tiba-tiba apabila hampir dengan kematian, terbalik suratan kitabnya dan beramal dengan amalan ahli neraka. Lalu dia mati dan dimasukkan ke dalam neraka. Dan ada dalam kalangan kamu yang hidupnya, beramal dengan amalan ahli neraka sehingga dirinya dengan neraka sangat dekat, hanya sejengkal jaraknya. Tiba-tiba berubah suratan kitabnya, di akhir kehidupannya beramal dengan amalan ahli syurga dan mati, lalu dia dimasukkan ke dalam syurga Allah." (Riwayat Imam Bukhari).
Sumber : www.bharian.com
Tag : fase kehidupan dalam ajaran catur asrama,fase kehidupan hari akhir,fase kehidupan di akhirat yaumul,fase fase kehidupan dunia akhirat,fase pertama kehidupan akhirat,fase kehidupan di alam kubur,fase kehidupan catur asrama,fase kehidupan cacing pita,fase kehidupan cacing trematoda,fase kehidupan coelenterata,fase kehidupan capung,fase kehidupan dalam catur asrama,gambar fase kehidupan,gambar fase kehidupan manusia,fase kehidupan dalam islam,fase kehidupan di akhirat,fase kehidupan dunia,fase kehidupan di hari akhir,fase kehidupan dlm islam,aplikasi kesetimbangan fasa dalam kehidupan sehari-hari,fase-fase kehidupan di akhirat nanti,5 fase kehidupan dalam islam,5 fase kehidupan dunia,5 fase kehidupan di akhirat,
No comments