Ternyata Wanita adalah Bahan Bakar Utama Neraka, Simak Penjelasanya
Alasan kenapa wanita adalah bahan
bakar utama neraka
Portal Aswaja
Salah satu PENYEBABNYA
Suatu perkara yang pasti bahawa
Syurga dan Neraka adalah dua tempat balasan yang Allah s.w.t. ciptakan. Syurga
diciptakanNya sebagai tempat tinggal yang abadi bagi kaum Muslimin dan Muslimat
dan Neraka sebagai tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan pelaku
dosa yang Allah s.w.t. telah melarang darinya. Setiap Muslim yang mengerti
keadaan Syurga dan Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi penghuni
Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah fitrah.
Membicarakan tentang Neraka dan penghuninya,
yang mana mayoritas penghuninya adalah wanita kerana sebab-sebab yang akan
dijelaskan nanti.
Sebelum kita mengenal wanita-wanita
penghuni Neraka alangkah baiknya jika kita menoleh kepada peringatan-peringatan
Allah s.w.t. di dalam Al Quran tentang Neraka dan azab yang tersedia di
dalamnya dan perintah untuk menjaga diri daripadanya.
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya
:
“Hai orang-orang yang beriman
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim ayat 6)
Imam At-Tobari (rahimahu ‘Llah)
menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan ketaatan
yang dapat menjaga diri mereka dari Neraka.”
Ibnu Abbas r.a juga mentafsirkan ayat
ini : “Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kamu untuk
bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga kamu untuk berzikir, nescaya
Allah menyelamatkan kamu dari Neraka.”
Masih banyak tafsir para sahabat dan
ulama lainnya yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan keluarga dari
Neraka dengan mengerjakan amalan soleh dan menjauhi maksiat kepada Allah s.w.t.
Di dalam surah lainnya Allah s.w.t.
berfirmanyang bermaksud :
“Peliharalah dirimu dari Neraka yang
bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Surah
Al Baqarah ayat 24)
Sahabat yang dimuliakan, Begitu pula
dengan ayat-ayat lainnya yang juga menjelaskan keadaan Neraka dan perintah
untuk menjaga diri daripadanya.
Kedahsyatan dan kengerian Neraka juga
dinyatakan Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sahih dari Abu Hurairah r.a
bahawasanya baginda bersabdayang bermaksud :
“Api kamu yang dinyalakan oleh anak
cucu Adam ini hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian Neraka Jahanam.”
Jikalau api dunia saja dapat
menghanguskan tubuh kita, bagaimana dengan api Neraka yang panasnya 70 kali
ganda dibandingkan dengan panas api dunia? Semoga Allah S.W.T. menyelamatkan
kita dari api Neraka.
WANITA PENGHUNI NERAKA
Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku
melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku
melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah
wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan kepada kita apa
yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w tentang penghuni Syurga yang majoritinya
adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang majoriti penghuninya adalah
wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan mereka
dimasukkan ke dalam Neraka dan menjadi majoriti penghuninya, namun demikian
sebab-sebab tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.
Di dalam kisah solat gerhana
matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya
dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika
beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak
pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan
penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian)
wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian
ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka
kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu
yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai)
nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada
dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah
s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian
tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana
sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka
seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak
mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak
perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain dia berkata,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang
paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah)
menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang
masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan
mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana
kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan
kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari
akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka
memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika
diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak
kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman
29-30 dan At Tazkirah halaman 369)
Jika kita perhatikan keterangan dan
hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa sebab yang
menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka bahkan menjadi majoriti penghuniya
dan yang menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari penghuni Syurga.
. Kufur Terhadap Suami dan
Kebaikan-Kebaikannya :
Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini
pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran seumpama ini terlalu banyak kita
dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang
mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya
dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata
pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal yang harus dilakukan
oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya,
janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami kerana Allah s.w.t. tidak akan
melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah s.a.w :
“Allah tidak akan melihat kepada
wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup
dengannya.”
(Hadis Riwayat Nasaie)
Hadis di atas adalah peringatan keras
bagi kaum wanita muslimah yang menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan
SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang mengharapkan akhirat untuk
mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau
meminta dan banyak mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk
diperbesar-besarkan.
Jika sedemikian keadaannya, maka
sangat tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur terhadap suaminya serta
kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w sebagai majoriti kaum yang
masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal didalamnya.
Cukup sekiranya isteri-isteri
Rasulullah s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri tauladan bagi isteri-isteri
kaum muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang diberikan suaminya kepadanya.
2. Durhaka Terhadap Suami
Kedurhakaan yang dilakukan seorang
isteri terhadap suaminya pada umumnya berupa tiga bentuk kedurhakaan yang
sering kita jumpai pada kehidupan masyarakat kaum Muslimin. Tiga bentuk
kedurhakaan itu adalah :
1. Derhaka dengan ucapan.
2. Derhaka dengan perbuatan.
3. Derhaka dengan ucapan dan
perbuatan.
Bentuk pertama ialah seorang isteri
yang biasanya berucap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi
panggilannya, tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera
memenuhi panggilan suaminya. Atau ia memenuhinya tetapi dengan wajah yang
menunjukkan rasa tidak senang atau lambat mendatangi suaminya. Kederhakaan
seperti ini sering dilakukan seorang isteri ketika ia lupa atau memang sengaja
melupakan ancaman-ancaman Allah terhadap sikap ini.
Termasuk bentuk kederhakaan ini ialah
apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada
teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Atau ia
menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang bermaksud untuk menjatuh dan
merosak kehormatannya sehingga suaminya dipandang hina di mata orang lain.
Begitu juga apabila seorang isteri meminta talak atau di khulu’ (dicerai) tanpa
sebab syar’i. Atau ia mendakwa telah dianiaya atau dizalimi suaminya atau
lain-lainnya.
Permintaan cerai biasanya di awali
dengan pertengkaran antara suami dan isteri kerana ketidakpuasan isteri
terhadap kebaikan dan usaha suami. Atau yang lebih menyedihkan lagi bila hal
itu dilakukannya kerana suaminya berusaha mengamalkan syari’at-syari’at Allah
s.w.t. dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Sungguh hina sekali apa yang
dilakukan isteri seperti ini terhadap suaminya.
Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w :
“Wanita mana saja yang meminta cerai
pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi
Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Bentuk kederhakaan kedua yang
dilakukan para isteri terjadi apabila seorang isteri tidak mahu melayani
keperluan batiniyah suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau
menghindari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika
suami hendak mendatanginya dan yang seumpamanya.
Termasuk dari bentuk ini ialah
apabila seorang isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun hanya untuk
mengunjungi kedua orang tuanya. Tindakan ini sebenarnya adalah seakan-akan seorang
isteri lari dari rumah suaminya tanpa sebab syar’ie. Demikian pula jika isteri
enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati
suami dan hartanya, membuka dan menampakkan apa yang seharusnya ditutupi dari
anggota tubuhnya (aurat), menerima tetamu tanpa izin suaminya, berjalan di
tempat umum dan pasar-pasar tanpa mahram, bersenda gurau atau berbicara
lemah-lembut penuh mesra kepada lelaki yang bukan mahramnya dan yang lain-lain.
Begiti juga apabila seorang isteri
tidak mau berdandan atau mempercantikkan diri untuk suaminya padahal suaminya
menginginkan hal-hal itu, melakukan puasa sunat tanpa izin suaminya,
meninggalkan hak-hak Allah seperti solat atau puasa Ramadhan.
Maka setiap isteri yang melakukan
perbuatan-perbuatan seperti tersebut adalah isteri yang durhaka terhadap suami
dan telah melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. Jika kedua bentuk kederhakaan
ini dilakukan sekaligus oleh seorang isteri maka ia dikatakan sebagai isteri
yang derhaka dengan ucapan dan perbuatannya.
Sungguh rugi wanita yang melakukan
kederhakaan ini. Mereka lebih memilih jalan ke Neraka daripada jalan ke Syurga
kerana memang biasanya wanita yang melakukan kederhakaan-kederhakaan ini
tergoda oleh angan-angan dan kesenangan dunia yang menipu.
Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi
dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan
yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran
iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah
sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya.
Ketahuilah pula bahawa jalan menuju
ke Neraka memang indah, penuh dengan syahwat dan kesenangan dunia yang setiap
manusia tertarik untuk menjalaninya. Tetapi ingat dan sedarlah bahawa Neraka
menanti orang-orang yang menjalani jalan ini dan tidak mahu berpaling darinya
semasa ia hidup di dunia.
Hanya wanita yang bijaksanalah yang
mahu bertaubat kepada Allah s.w.t. dan meminta maaf kepada suaminya dari
kederhakaan-kederhakaan yang pernah ia lakukan. Ia akan kembali berusaha
mencintai suaminya dan sabar dalam mentaati perintahnya.
3. Tabarruj
Yang dimaksud dengan tabarruj ialah
seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta
apa-apa yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.
Hal ini kita dapati pada sabda
Rasulullah s.a.w tentang wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya
telanjang disebabkan pakaian yang mereka pakai tipisnya, berseluar ketat
menampakkan bahagian-bahagian tubuh tertentu, tidak menutup aurat sepertimana
yang berlaku di dalam masyarakat kita. Sebagaimana yang dihuraikan oleh Ibnul
‘Abdil Barr rahimahu ‘Llah ketika menjelaskan sabda Rasulullah s.a.w tersebut.
Ibnul ‘Abdil Barr menyatakan :
“Wanita-wanita yang dimaksudkan
Rasulullah s.a.w adalah yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan
tubuhnya atapun yang menunjukkan bentuk tubuhnya dan tidak menutupinya, maka
mereka adalah wanita-wanita yang berpakaian pada zahirnya dan telanjang pada
hakikatnya … .”
Mereka adalah wanita-wanita yang suka
dan amat gembira apabila berjaya menampakkan perhiasan mereka, padahal Allah
s.w.t. telah melarang hal ini dalam firmanNya yang bermkasud :
“Dan janganlah mereka menampakkan
perhiasan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 310)
Imam Az-Zahabi rahimahu ‘Llah
menyatakan di dalam kitab Al Kabair :
“Termasuk dari perbuatan-perbuatan
yang menyebabkan mereka dilaknat ialah menampakkan hiasan emas dan permata yang
dipakai oleh mereka, memakai minyak wangi dengan yang seumpanya jika mereka
keluar rumah … .”
Dengan perbuatan seperti ini bererti
mereka secara tidak langsung menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka, kerana pada
diri kaum wanita terdapat daya tarik syahwat yang sangat kuat yang dapat
menggoncang keimanan yang kukuh sekalipun, apa lagi iman yang lemah yang tidak
dikuatkan dengan ilmu Al Qur’an dan As Sunnah. Rasulullah sendiri menyatakan di
dalam hadis yang sahih bahwa :
“ Fitnah yang paling besar yang
paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sejarah sudah membuktikan bahawa
betapa banyak tokoh-tokoh dunia yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. hancur
hanya disebabkan pujuk-rayu wanita. Bahkan berapa banyak persaudaraan di antara
kaum muslimin terputus hanya disebabkan wanita. Berapa banyak anak yang
menderhaka kepada ibunya demi mencari cinta seorang wanita, dan masih banyak
lagi gejala-gejala lainnya yang dapat membuktikan bahawa wanita seumpama mereka
ini memang layak untuk tidak mendapatkan wanginya Syurga.
Hanya dengan ucapan dan rayuan
seorang wanita mampu menjerumuskan kaum lelaki ke dalam lembah dosa yang hina,
terlebih lagi jika mereka bersolek dan menampakkan tubuh mereka kepada kaum
lelaki. Tidak menghairankan lagi jika di sana-sini terjadi jenayah dan
kezaliman terhadap kaum wanita, kerana yang demikian adalah hasil perbuatan
mereka sendiri.
Hindarilah tabarruj dan berhiaslah
dengan pakaian yang disaran oleh Islam yang akan menyelamatkan kaum wanita dari
dosa di dunia ini dan azab di akhirat kelak. Jangan diikut pemikiran sekular
pemimpin-pemimpin wanita Islam yang cuba mempertikaikan hukum-hukum Allah dan
mempertikaikan hak-hak wanita yang telah dinyatakan di dalam al-Qur’an.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud
:
“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah
kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah
pertama dahulu.” (Surah Al Ahzab ayat 33)
Masih banyak sebab-sebab lainnya yang
menyebabkan wanita menjadi penghuni majoriti Neraka. Tetapi cukuplah dengan
tiga sebab ini sahaja yang dijelaskan di sini kerana memang tiga perkara inilah
yang sering kita dapati di dalam kehidupan masyarakat kita.
Rasulullah s.a.w pernah menerangkan
satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka. Ketika
beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa
kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit
mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka
tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana
kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang
duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya,
iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu
banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Bersedekahlah kerana sedekah adalah
satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka. Semoga Allah
s.w.t. menyelamatkan kita dari azab-Nya. Aamiin
Untuk menutup Article kali ini saya
ada pertanyaan,
Kenapa Wanita jika menangis Selalu
menutup Matanya dan laki laki menutup Mulutnya??
Jawabanya adalah KARENA DISITULAH
LETAK DOSANYA
Assalamualaikum wr.wb,
ReplyDeleteAllah s.w.t. berfirman yang maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim ayat 6)
surat ini tidak ada hubungannya dengan judul diatas.
kaum musyrik mekkah telah memahat dan mengukir batu-batu berhala mereka dengan keindahan, sehingga mereka dan batu-batu itu akan menjadi bahan bakar apai nereka.
perlakuan seperti ini masih berlangsung juga oleh pihak yg menyembah batu-batu sebagai tuhan.
jangan sampailah orang-orang yg beriman beserta keluarganya menukar agama Allah dengan sesuatu yg rendah begitu.
wassalamualaikum wr.wb,
ustad sayyid